Friday, April 10, 2009

2 X 5, 5 X 2.

Tiada kata seindah bahasa....tiada gambar seindah lukisan. Kata istilah yang akan diangkat menjadi istilah yang mesti difahami dengan jelas dan dijadualkan penghayatan dan perlaksanaaannya oleh kelompok majoriti ialah TRANSFORMASI.

Apakah makna dan maksudnya kepada UMNO? Apakah makna dan maksudnya kepada BN? Apakah makna dan maksudnya kepada orang ramai? Apakah makna dan maksudnya kepada anggota, kakitangan dan pegawai kerajaan? Pastinya semuanya berkait rapat dengan keperluan dan kehendak rakyat yang gagal diterjemah dengan penuh kesedaran dan keinsafan baik oleh orang-orang Partai Pemerintah dan kakitangan kerajaan lantaran menyebabkan masyarakat sivil meletakkan tahap sub-standard kepada mereka yang memberikan 'khidmat'.

Rasanya kita harus diberikan kesedaran, supaya dapat memahami dengan jelas apakah transformasi yang dimaksudkan. Orang UMNO di peringkat cawangan pun tak faham, orang UMNO diperingkat bahagian pun 2 X 5, 5 X 2.
Pemimpin belia serta Majlis Belia Daerah pun 2 X 5, 5 X 2. Agensi kerajaan pun rasanya 2 X 5, 5 X 2. Toksah pi jauh ...... rasanya setakat hari ini saya tak pernah jumpa laman web Jabatan Belia dan Sukan Negeri, apatah lagi laman web Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

Orang muda nak dapat info dari jabatan yang berhubung secara langsung dengan mereka pun susah. Nak tengok senarai kursus, nak tengok senarai latihan dan sebagainya jangan haraplah boleh dapat dari internet. Tak dak....macam Akta Rahsia Rasmi. Hakikatnya depa ada program. Tak taulah adalah ianya mencapai hasrat dan sasaran. Siapa pantau kitapun tak tau. Semua ni buat orang muda naik muak dan meluat. Lani ni zaman dan era IT. Depa tak reti ke!

Sama juga dengan Partai Pemerintah. Jarang jumpa Laman Web UMNO bahagian yang up to date......out of date banyak. Nak buat dan senggara lama web pun tak serious....apatah lagi kalau diberi peranan lain.....boleh serious kah mereka. Blog pun 2 X 5, 5 X 2.Habis camna? Mampukan nak transformasi.....kalau reformasi pun tak mampu nak terjemah. La ni bukan zaman bercakap pandai saja....penuh dengan seloka, pantun dan gurindam. La zaman menuntut kita beberapa langkah dihadapan dalam pelbagai disiplin hidup.

PakSu cuma nak tunggu dan lihat arah aliran serta kepercayaan orang ramai kepada partai politik di tanah air ku.

Hingga ketemu lagi.....73


Menteri Rakyat .....

Masyarakat umum telahpun tahu siapa di kalangan ahli parlimen yang akan diangkat martabat menjadi Menteri dan Timbalan Menteri. Yang veteran ramai juga yang digugurkan dari portfolio walaupun ada yang "perform". Patutnya yang veteran dan perform kena kekalkan depa dalam jamaah menteri; demikian menurut pendapat kawan PakSu. Yang muda bukan semua reti buat kerja. Kekadang ide yang veteran sangat bernas, awet muda dan sangat praktikal dilihat dan untuk dilaksanakan. Nak buat cam mana....kuasa memilih dan melantik dok dalam tangan Presiden UMNO.

Ketua Pergerakan Puteri dilantik menjadi Timbalan Menteri. Datuk Mukris yang tewas dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO dapat jadi Tim.Menteri. Yang menang dan mendapat sokongan majoriti ahli pergerakan Pemuda tak dilantik dan diberi apa-apan jawatan. Pelik, pelik; ujar seorang bekas AJK Pemuda cawangan. Patutnya Datok Najib kena lantik KJ sebagai Tim.Menteri. Kata nak buat transformasi....inilah masanya, KJ orang muda, kuat bekerja, beriltizam, mendapat sokongan majoriti..... sepatutnya dia diberi jawatan. Kalau dia diberi jawatan berkait dengan Pemuda/Pemudi barulah dia boleh susun atur program yang selari dengan kehendak negara dan kehendak orang muda. Apa pun tentu Dato' Najib punya alasan dan sebab tersendiri yang kita tidak tahu.

Ramai juga bakal Menteri dan Tim.Menteri akan dilantik menjadi senator terlebih dahulu. Bagus juga sebab depa tak payah jaga kawasan Parlimen .....cuma tumpu sepenuh tenaga kepada tugas-tugas Menteri. Ahli Parlimen dan ADUN boleh tumpu dan beri lebih perhatian kepada DUN dan kawasan Parlimen supaya semua permasalahan rakyat didengari dan diselesaikan. Jangan sampai dah lah tak menggangotai Kabinet dan tak jadi EXCO..... tapi kalut depa lebih dari menteri....sat-sat Alor Setar....sat-sat Kuala Lumpur...sat-sat Pi Negeri China....

Bagi PakSu alangkah bahagia dan seronoknya kalau mendapat YB yang sejak dari mula dan muda lagi terlibat dalam pelbagai badan kebajikan dan kesukarelaan secara aktif. Menjadi darah daging dgn sentiasa berhubung dengan masyarakat, mendengar luahan rasa rakyat dan membantu menyelesaikan apa saja kekusutan.....macam bekas YB Cikgu Jabar, DUN Batu Laut.

Hingga ketemu lagi......73


Wednesday, April 8, 2009

Bukit Secupak Tak Jadi Segantang

UMNO kalah lagi.....siri kekalahan selepas Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kini Bukit Gantang.
Tok sah dok ulas panjang lebar kenapa dan mengapa UMNO kalah.....kenapa PAS menang dan pulak tu...menang dengan undi majoriti yang meningkat. Apa maknanya semua ini? Kawan PakSu kata....itu petanda orang dak mula menyukai Pakatan Rakyat. Betul ke? Kalau ikut cakap Naib Presiden yang menang kerusi Tim.Presiden orang-orang UMNO,katanya'Dalam PRU 12 yang lalu PR menang kerana simpati....PR menang kerana pengunsi silap memilih pada ketika itu'. Pening kepala kawan PakSu memikio.

Betul ke orang dah mula tak suka pada UMNO.....maksud PakSu pada calon2 UMNO. Cam mana dalam by-election Parti Pemerintah boleh kalah? Kawan PakSu kata lani bukan zaman politik tiang letrik...zaman LLN. Kalau kat Langkawi zaman letrik MANHO.
Geng dan lapis muda-muda depa bukannya tau zaman letrik MANHO. Depa sedar celik-celik mata....semua kemudahan terhidang di depan mata.

Berbalik bab Bkt Gantang......bukan isu setempat sangat diperdebatkan...tapi isu nasional. Kalau ikut bahan kempen UMNO seperti Nizar Penderhaka, Nizar Boneka DAP dan berbagai lagi ditambah dengan berita ulangan 3 ke 4 kali ucapan Anwar Ibrahim sewaktu dalam gomen....tentulah UMO boleh dpt balik kaw.Parlimen BKY Gantang. Rupanya calon yang DAP endorse, akhirnya menjadi orang ramai endorse. Media menaikkan martabat Nizar....dan dalam masa yang sama media juga menjatuhkan UMNO. Rupanya masyarakat sivil telah menjadi begitu unik dan sukar diramal dan tidak mudah dimomok dengan kata-kata yang lipstick sifatnya. Pendekatan harus diubah. Suara mereka harus didengari dan diberi perhatian. Kalau pemimpin dan orang UMNO di setiap peringkat tak dapat berubah.....maknanya siap bungkuslah UMNO dlm PRU 13 nanti. Langkawi akan dpt Ahli Parlimen dan wakil rakyat N1 dan N2 yg baru dari PR. Ramai orang kerajaan yang PakSu sempat sembang2...rupanya depa pro ke PR. Begitu juga dgn golongan eksekutif dan masyarakat khalayak yang muda usianya. Waktu tu bilangan ahli UMNO akan menguncup dan Pr akan berkembang biak. Nampak ke gaya..dia boleh jadi lagu tuuuu.

Akhir kata hingga ketemu lagi....dan jangan ketinggalan membaca nukilan rasa berikut perihal Hang Tuah penderhaka kononnya.


Hingga ketemu lagi......

Sunday, March 29, 2009

UMNO Versi Baru.....siri 1

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara


Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

Lagu tak berubah, senikata masih seperti dulu.... jadi kenapa perlu berubah? Apa yang perlu diubah dan berubah? Di mana perlu berubah dan di ubah, Bila perlu berubah dan di ubah, Mengapa perlu berubah dan di ubah dan bagaimana perlu berubah dan di ubah?

Persoalan yang kita lontarkan.....yang tak perlu orang lain jawab melainkan kita sendiri.

Nak berubah sapa pun boleh cakap? Dok nak, nak.....bila? Kawan saya ngaji dalam bidang Komunikasi Perniagaan. MARA hantar dia pi negeri atas angin. Bahasa Inggeris dia masa kat sekolah dulu pun bukan tera mana pun.... macam Paksu jugak. Tut-tut dia bawa balik master dari negeri atas angin. Kalau cakap bahasa orang putih pun macam kaburator tersumbat; macam mana dia boleh jadi Masteji dalam komunikasi. Heran2. Macam Cikgu Man Pendek.....biar penat termengah.....masa bentang/sokong usul kat Persidangan UMNO bebaru ni.....semangat sungguh dia....kalah orang muda....penuh dengan seloka nasihat, pandangan dan hasrat. Boleh kata satu malaya orang kenal dia.....orang kenal dia makna orang kenal Langkawi. Boleh dilantik jadi ikon Langkawi. Ingat man Pendek.....ingat Langkawi.

Sebenarnya hasrat yang disertai dengan tindakan maka hasilnya adalah kesan. Sama ada kesan keputusan itu diterima baik oleh khalayak atau sebaliknya .....itu bab lain. Buat baik orang kata....buat jahat pun orang kata. Tak buat apa pun lagi orang kata. Jadi nak pilih hak mana?

Orang kata bukan ada kudis. Betoi! Yang kita takut depa tak kata saja....dia berkait dengan hak lain-lain. Itu yang bahaya. UMNO akan jadi lekeh dan diperlekehkan bila pemimpin lembam, kering idea, lembik semangat, ego tak tentu pasai, ingat dia dah cerdik, ingat dia dah pandai, pandang ahli umno dan orang ramai dengan sebelah bijik mata. Pandai bercakap saja pun tak jadi cerita. Karanglah berguni kata-kata...biar orang bertepuk suka....biar orang luar fikir inilah pemimpin yang kita cari selama ini kononnya, tapi kalau kerja tak ikhlas, dari segi biologinya tidak terbit dari rasa seronok.....maka pemimpin itu akan menempuh kehancuran. Bukan setakat dia saja; malah partai yang dia kepalai selama ini juga akan menerima kesan akibatnya. a

Sebab itulah selain dari agenda parti.....kita jangan terlepas pandang melihat dan meneliti peribadi pemimpin. Kita juga kena tengok trek rekodnya dalam pergerakan kesukarelaan, pertubuhan belia, NGO sejak sekian lamanya. Pemimpin yang baik selain dari mempunyai kelayakan akademik yang wajar, kita kena ambil kisah 80% keterlibatannya dalam pelbagai ruang lingkup masyarakat.

Sebab itu ramai aktivis NGO yang bertanding atas tiket Bukan BN menang kerana sejak sekian lama mereka telah berkhidmat kpd masyarakat dan untuk masyarakat. UMNO salah mengahadapi ancaman serangan persepsi. Selagi kita gagal mengawal, merawat dan membaik pulih soal persepsi yang menjurus ke arah negatif.....apa pun yang akan kita lakukan akan berhadapan dengan masalah.

Para pimpinan UMNO Bahagian adalah jurulatih, pengurus, pegawai, pemain, tukang urut, adalah Gurkha yang kena main peranan. Depa kena jadi aktivis. Depa kena jadi pemangkin....bukan tukang dok atas pangkin sambit hisap paip, otak melayang teringat adik kat seberang. UMNO tak boleh diperkasakan sekadar kata-kata semangat dan hasrat yang meruap-ruap. Perubahan mesti konsisten dan persisten. Apa pan kita tunggu dan lihat 9 bulan akan datang......kalau orang menikah waktu tu kira dah nak beranak. Peralihan kuasa di bahagian dah lama berlaku. Perubahan tak dak lagi. Nak kata mandoi kot kasar sangat. Mungkin depa dok berbulan madu lagi kot. Takpa lah......peluang harus diberi.....tapi jangan sampai masa terluang begitu saja. Wassalam

Hingga ketemu lagi. 73.


Langkawi......oh tanah airku

Kanda bercakap bahasa lama .........

"Tanahnya subur dengan buah-buahan, beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih, hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya". Itu adalah beberapa catatan yang pernah dihasilkan oleh Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di Perancis. Beliau juga menyifatkan Catatan ada menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui atau lada sulah yang satu ketika dulu Langkawi dikatakan tempat tinggal segala hantu dan mambang. Mengikut Hikayat Merong Maha Wangsa, pulau-pulau ini juga dijadikan sarang oleh seekor garuda. Garuda ini binatang tunggal di Pulau Langkawi. Burung raksasa inilah yang bertanggung jawab mendatangkan melapetaka kepada angkatan laut putera Merong Maha Wangsa sehingga semua kapal angkata laut itu tenggelam.

Cerita tentang putera raja dan garuda itu membayangkan bahawa Langkawi telah lama ditemui manusia. Laksamana Cheng Ho dalam peta pelayarannya ke Melaka dalam tahun 1405 ada menunjukkan kepulauan Langkawi yang tercatat sebagai Lung-ya-Kiao-yi. Peta-peta abad keenam belas pula menyebut Langkawi dengan pelbagai nama lain, termasuk Langa, Langka, Langu, langura dan Langapura.

Allahyarham Tun Mohamed Zahir Ismail dalam bukunya yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira). Maka tidak hiaranlah Langkawi kini mula dikenali dunia atas usaha yang dirintiskan mula oleh YBhg Tun Dr Mahathir Mohammad, mantan Perdana Menteri Malaysia.

Kini....Langkawi 2009

Semasa pilihanraya Umum ke 12, rakyat telah sepakat memberikan peluang kepada barisan Pakatan rakyat memegang teraju pemerintahan negeri Kedah. Lanskap politik telah berubah dan diubahkan oleh kuasa mengundi rakyat yang menolak kepimpinan UMNO sebagai teraju BN. Paksu fikir ada sebab yang sangat kuat dan sangat unik kenapa dan mengapa UMNO dan BN ditolak keluar gelanggang. Namun begitu bagi sesetengah orang kekalahan itu taklah teruk sangat. Itu anggapan dan pandangan depa. Yang jelas Pakatan Rakyat kini menjadi pilihan.

Di Langkawi kalau diteliti secara kasar jumlah undi popular Parlimen UMNO/BN telah merosot dari 13,000 dalam PRU 11 menjunam dan menguncup ke 4970 dalam PRU 12. Manakala DUN Kuah menang dgn majoriti menguncup 3324 sementara DUN Ayer Hangat menjunam ke 1135. Pasai apa jadi lagu tu? Mana pergi pengundi UMNO/BN? Mengapa depa pangkah PR kali ini? Kenapa orang muda tak mau pangkah UMNO/BN? Apakah UMNO/BN tak bagus dan mula hilang relevannya di hati mereka? Apakah tugas ADUN/EXCO yang dipegang oleh UMNO tak dipergunakan sebaik mungkin untuk berkhidmat kpd rakyat? Apakah isu dan masalah rakyat kurang diambil peduli dan diselesaikan oleh YB UMNO? Apakah kerja buat MP dan ADUN tidak memenuhi aspirasi rakyat? Kalau nak tanya berjela2 pun tak habis.

Kepimpinan UMNO di Langkawi telah bertukar kem. Dari Kem Dato Bakar ke Kem Dato Nawawi. Setakat hari bila ditanya pada komuniti UMNO rata-rata yang kata tak nampak apapun pembaharuan yang telah dibuat oleh UMNO Kem Dato Nawawi. 'Tak gunalah kami undi untuk pembaharuan' ujar suara muda dari Bayas....kawasan Dato Nawi. 'Nak buat lagu mana.....yang menang tu pun kaki haprak.....kutuk orang bolehlah......bila menang AJK apa depa buat? Biro dia pun tak bergerak.....bateri kering, minyak habis...mengutuk orang dia yang lebih, tambah sorang lagi anak muda dari Kepulauan.

Datok Nawi tu pandai tapi tak bijak....kalau dia bijak dia tak ambil kaki haprak dok dalam kem dia. Perabih beras saje. UMNO kena jadi berteraskan perkhidmatan kpd rakyat. Baru rakyat akan sokong. Dgn NGO depa buat macam seteru...habis macam mana? Ayat ni terbit dari sorang lagi anak muda yang kataanya tak berparti. Tapi bila Paksu sembang lagi dengan dia....nahunya macam orang PKR; salah satu parti komponen yang memerintah Negeri Kedah Darul Aman. Sedap jugalah depa smash UMNO....semuanya berkisar kpd pemimpin yang tak mesra rakyat, egoistik, berkepentingan, mengamalkan nepotisme dan kronisme dan macam-macam lagilah yang tak sedap dengar dek telinga.

Tapi Paksu tak kisah.....biarlah depa kata apa. Itu pandangan depa. Perbezaan pendapat dan pandangan kita kena terima sebagai ramuan reformasi dan trasformasi yang digendangkan UMNO bebaru ni.
Baguslah. Masyarakat sivil dan komuniti UMNO rasanya tak sabar lagi nak lihat bentuk
reformasi dan trasformasi yang akan dibuat dalam UMNO Malaysia umumnya dan UMNO Langkawi khususnya. Peluang telah diberi, kuasa masih di tangan....jangahlah tunggu di penghujung mandat baru nak bertindak. Bertindaklah sekarang....mudah-mudahan UMNO kita bertambah kukuh. Mudah-mudahan orang ramai akan mengundi kita. Bukan orang kem kita saja yang akan mengundi kita.

Hingga ketemu lagi, 73.