Sunday, March 29, 2009

UMNO Versi Baru.....siri 1

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara


Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

Lagu tak berubah, senikata masih seperti dulu.... jadi kenapa perlu berubah? Apa yang perlu diubah dan berubah? Di mana perlu berubah dan di ubah, Bila perlu berubah dan di ubah, Mengapa perlu berubah dan di ubah dan bagaimana perlu berubah dan di ubah?

Persoalan yang kita lontarkan.....yang tak perlu orang lain jawab melainkan kita sendiri.

Nak berubah sapa pun boleh cakap? Dok nak, nak.....bila? Kawan saya ngaji dalam bidang Komunikasi Perniagaan. MARA hantar dia pi negeri atas angin. Bahasa Inggeris dia masa kat sekolah dulu pun bukan tera mana pun.... macam Paksu jugak. Tut-tut dia bawa balik master dari negeri atas angin. Kalau cakap bahasa orang putih pun macam kaburator tersumbat; macam mana dia boleh jadi Masteji dalam komunikasi. Heran2. Macam Cikgu Man Pendek.....biar penat termengah.....masa bentang/sokong usul kat Persidangan UMNO bebaru ni.....semangat sungguh dia....kalah orang muda....penuh dengan seloka nasihat, pandangan dan hasrat. Boleh kata satu malaya orang kenal dia.....orang kenal dia makna orang kenal Langkawi. Boleh dilantik jadi ikon Langkawi. Ingat man Pendek.....ingat Langkawi.

Sebenarnya hasrat yang disertai dengan tindakan maka hasilnya adalah kesan. Sama ada kesan keputusan itu diterima baik oleh khalayak atau sebaliknya .....itu bab lain. Buat baik orang kata....buat jahat pun orang kata. Tak buat apa pun lagi orang kata. Jadi nak pilih hak mana?

Orang kata bukan ada kudis. Betoi! Yang kita takut depa tak kata saja....dia berkait dengan hak lain-lain. Itu yang bahaya. UMNO akan jadi lekeh dan diperlekehkan bila pemimpin lembam, kering idea, lembik semangat, ego tak tentu pasai, ingat dia dah cerdik, ingat dia dah pandai, pandang ahli umno dan orang ramai dengan sebelah bijik mata. Pandai bercakap saja pun tak jadi cerita. Karanglah berguni kata-kata...biar orang bertepuk suka....biar orang luar fikir inilah pemimpin yang kita cari selama ini kononnya, tapi kalau kerja tak ikhlas, dari segi biologinya tidak terbit dari rasa seronok.....maka pemimpin itu akan menempuh kehancuran. Bukan setakat dia saja; malah partai yang dia kepalai selama ini juga akan menerima kesan akibatnya. a

Sebab itulah selain dari agenda parti.....kita jangan terlepas pandang melihat dan meneliti peribadi pemimpin. Kita juga kena tengok trek rekodnya dalam pergerakan kesukarelaan, pertubuhan belia, NGO sejak sekian lamanya. Pemimpin yang baik selain dari mempunyai kelayakan akademik yang wajar, kita kena ambil kisah 80% keterlibatannya dalam pelbagai ruang lingkup masyarakat.

Sebab itu ramai aktivis NGO yang bertanding atas tiket Bukan BN menang kerana sejak sekian lama mereka telah berkhidmat kpd masyarakat dan untuk masyarakat. UMNO salah mengahadapi ancaman serangan persepsi. Selagi kita gagal mengawal, merawat dan membaik pulih soal persepsi yang menjurus ke arah negatif.....apa pun yang akan kita lakukan akan berhadapan dengan masalah.

Para pimpinan UMNO Bahagian adalah jurulatih, pengurus, pegawai, pemain, tukang urut, adalah Gurkha yang kena main peranan. Depa kena jadi aktivis. Depa kena jadi pemangkin....bukan tukang dok atas pangkin sambit hisap paip, otak melayang teringat adik kat seberang. UMNO tak boleh diperkasakan sekadar kata-kata semangat dan hasrat yang meruap-ruap. Perubahan mesti konsisten dan persisten. Apa pan kita tunggu dan lihat 9 bulan akan datang......kalau orang menikah waktu tu kira dah nak beranak. Peralihan kuasa di bahagian dah lama berlaku. Perubahan tak dak lagi. Nak kata mandoi kot kasar sangat. Mungkin depa dok berbulan madu lagi kot. Takpa lah......peluang harus diberi.....tapi jangan sampai masa terluang begitu saja. Wassalam

Hingga ketemu lagi. 73.


No comments: